Saturday, October 29, 2011

Misi Kelepot

bungkus je la jersi dengan misi ni, tak ke mana pun. koba je lebih 'Misi 33', siap ada jersey launch lagi, tapi kalah gak

So9 Exclusive : Api Kemarahan Tok Mat




Harga tiket final Piala Malaysia 2011 telah ditetapkan pada RM50, dan keputusan ini telah menimbulkan kemarahan para peminat Negeri Sembilan dan Terengganu. Presiden PBNS/MB Negeri Sembilan, DSU Mohamad Hassan juga marah terhadap tindakan tersebut. Kami di ‘State of Nine’ membayangkan lawatan Tok Mat ke Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berjalan seperti ini...

Mohamad : Oi Midin! Meh sini jap!

Hamidin : Apa hal lak ni...Azudin, tolong tengok siapa tu

Azudin : Alamak, tu Mohamad Hassan la!

Hamidin : Siapa?

Azudin : Presiden PBNS la bro

Hamidin : PB...NS? Apa tu?

Azudin : Kau ingat Liga Malaysia ni ada Selangor je ke? Aku pun hardcore gak tapi takde la sampai tak tahu team lain

Hamidin : Diam la kau. Suruh dia masuk

Mohamad : Midin! Aku nak tahu satu ni je. Kenapa bila kau naikkan harga tiket, kau libatkan PBNS dengan PBSNT? Kitorang takde kena-mengena pun pasal naik harga tiket tu

Hamidin : Apa lak takde kena-mengena? Korang dah ada hantar wakil hari tu kan?

Mohamad : Siapa lak nama diorang tu?

Hamidin : Err...Hazudin dengan Amidin. Takde pertalian darah antara kitorang

Mohamad : Mengarut benar la. Aku dah kira-kira, PBNS rugi sebab nak tanggung kos RM20 untuk setiap tiket. Ingat kitorang semua bodoh ke apa? Kitorang tahu la yang naik RM50 tu sebab nak tanggung pembiayaan 'Misi 33' korang tu untuk tahun depan

Hamidin : Kau jangan nak tuduh bukan-bukan. Kalau tak puas hati sangat, boikot je la final tu nanti. Ni kan negara demokrasi, korang buat je la apa yang korang nak

Mohamad : Camtu lak...ok, kau yang paksa aku ni. Mario!

Hamidin : Mario mana lak ni?

Mohamad : Balotelli. Aku nak dia ajar korang cukup-cukup!

Hamidin : Apa? Balotelli? Tolong jangan! Ok, ok, aku tak libatkan persatuan korang berdua lagi. Tapi jangan panggil dia tu!

Balotelli : Too late. I've already parked my Maserati in your bedroom. And your kitchen is on fire too, thanks  to those fireworks I set off. The fire may spread to your secret money room as well

Hamidin : (menangis)

Mohamad : That's enough Mario, I think he's learnt his lesson. Now stop torturing him

Balotelli : Then you might not wanna hear the part where I drove his cars into female prisons in Italy 

Wednesday, October 26, 2011

So9 Exclusive : Komplot Menaikkan Harga Tiket


Harga tiket final Piala Malaysia 2011 telah ditetapkan pada RM50, dan keputusan ini telah menimbulkan kemarahan para peminat Negeri Sembilan dan Terengganu. Kami di ‘State of Nine’ membayangkan mesyuarat Jawatankuasa FAM berjalan seperti ini...

Hamidin : Nampaknya ‘Misi 33’ Selangor dah gagal

Azudin : Teruk betul la. Kita dah ubah venue final dari Bukit Jalil ke Shah Alam pun boleh kalah lagi ke?

Hamidin : Ini tak boleh jadi. Macam mana kita nak balas dendam?

Azudin : Kita gantung Negeri Sembilan dengan Terengganu selama 6 bulan nak?

Hamidin : Tak boleh, obvious sangat tu. Aha! Apa kata kita naikkan harga tiket jadi RM50?

Azudin : Tak ke fans marah nanti?

Hamidin : Biarlah diorang marah. FAM is Selangor and Selangor is FAM

Azudin : Betul tu. Tapi apa kita nak bagitau media nanti?

Hamidin : Cakap je la untuk baiki stadium, jaga keselamatan peminat dan nak elakkan penjualan tiket haram. Media ni senang je nak kena pancing. Lagipun media nanti akan pengaruh peminat semua

Azudin : Tapi bukan ke nanti peminat komplot kat internet?

Hamidin : Kau ingat aku bodoh ke? Internet tu kan mitos je

Azudin : ...

Hamidin : Dah, sudah, sudah! Tiket final RM50. Harga sebenar RM20 je, yang lagi RM30 tu masuk kantung FAS untuk jayakan ‘Misi 33’ musim depan. Jangan bagi Annuar tahu sudah. Dia marah nanti kita jugak susah. Dah la gaji si Kezman ni mahal gila

Azudin : Kalau takde siapa beli tiket?

Hamidin : Gantung je la FA dua-dua negeri selama 5 tahun. Macam tak biasa buat je

Azudin : Wokey bos! Majulah Selangor untuk negara!