![]() |
Bermulanya malam yang perit... |
Weekend ni, 25 Oktober, Negeri Sembilan main lagi dekat Paroi, lawan PDRM lagi sekali, tapi kali ni untuk Liga Super pulak. Hari tu game home Piala FA kita dah menang 5-0 lawan diorang. Rasa macam kita takde team lain nak lawan kan, asyik jumpa Selangor dengan PDRM je. Tapi takpe, lawan la berapa kali pun, janji dapat 3 mata.
Kat sini la yang aku nak hasut, penuhkan la STAR of Paroi tu lagi weekend ni. Kalau boleh, maintain la sampai habis season. Bukan apa, kat FB tu aku tengok, ramai yang datang tu, macam-macam diorang mintak upgrade, dari parking, toilet, sampai la performance team atas padang tu sendiri. Dan tak salah pun benda yang diorang mintak tu. Betul la tu mintak upgrade untuk keselesaan ramai. Yang tak manis tu, lepas kena belasah dengan Selangor hari tu, dah ada yang suruh ramai-ramai ni boikot game Nismilan lepas ni.
Sebagai pemegang season pass 4 musim berturut-turut, meh sini den koba sikit:
EKAU TAK NAK DATANG STADIUM, ITU IKUT SUKO EKAU, TAKDO SAPO NAK HALANG. TAPI JANGAN SESEKALI EKAU AJAK BOIKOT, TAKDO SAPO YANG UNTUNG NANTI.
Macam aku cakap, aku faham korang sakit hati tengok game hari tu. Taktik Nidzam Jamil memang out malam tu, lagi-lagi bila Alex tak boleh main, kita dah tak ada playmaker langsung. Jadi kita memang tak ada control dekat midfield. Wingbacks kita malam tu pun performance memang out. Tapi, bila korang ajak boikot game ni, yang ruginya bukan setakat team Nismilan tu, tapi kita yang jadi penyokong ni sekali. Kenapa?
Senang cerita la kan, Nismilan ni takde putera raja yang pam duit dalam team macam hari esok. Jadi sumber kewangan kita ni memang kena dibina secara organik. Satu benda aku puji management sekarang ni adalah diorang mampu menarik ramai penaja kalau nak dibandingkan dengan management lama. Tapi duit penaja je tak cukup. Kena la penyokong datang ramai-ramai penuhkan stadium supaya boleh tambahbaik kewangan team.
Sifir mudah, kita anggap la satu tiket tu RM20. Hari tu punya attendance 25500. Jadi, kiralah, 20 darab dengan 25500 berapa? Bandingkan dengan season lepas, nak dapat 500 orang pun semput. 20 darab 500 pulak berapa?
Ada pulak yang aku nampak komplen, sampai bila nak management nak ulang guna perkataan "proses"? OK aku tolong sikit dekat sini. Rajinkan diri cari game Football Manager, tak kisah tahun berapa, 2022 ke atas pun dah OK. Lepas tu, kau start game baru, jadi coach Nismilan. Main la dalam 5 season gitu. Perhatikan berapa attendance korang kat home setiap game, lepas tu korang check berapa income korang dapat daripada attendance je dekat bahagian finances. Upgrade apa segala training facilities, youth facilities tu, dan try sambar player yang power, tak kisah la import ke local.
Lepas tu, kau bukak editor, tukar average attendance Nismilan ni jadi, tak perlu full house pun, cukup dalam 30000 gitu (full house Paroi dalam game ni masih 40000), start game baru, ulang balik sama macam dekat atas. Mana yang buat korang lagi senang nak buat upgrade, dapat player bagus semua tu?
Apa kaitan main Football Manager dengan "proses"? Kat sini la aku nak tunjuk, kelajuan proses nak upgrade team ni, ada kaitan dengan penyokong jugak. Step paling simple nak tolong team, kita penuhkan stadium setiap home game, biar duit tu terus masuk. Sama la macam korang nak beli iPhone baru. Mana lagi senang, bila gaji RM2500 ke, bila gaji RM5000? Dua-dua pun boleh je nak beli, tapi bila gaji lagi besar mesti lagi cepat korang boleh sambar, kan? Kalau kau bosan dengan perkataan "proses" yang management duk ratib tu, datang la ke stadium. Dalam tu, kau nak maki ke, duduk diam ke, nak chant ke, tak nak chant ke, berselfie dari start sampai awal ke, terpulang pada kau, asalkan kau dah beli tiket.
Lagipun, takkan korang tak nak pastikan kita kalahkan team lain semua bab kehadiran ke stadium ni? Takkan dah nak mengalah? Kita Nismilan, tunjukkan kita boleh terus sokong sampai team kita kantoi palsukan dokumen pemain 'warisan' akhir hayat kita semua. Kita konsisten penuhkan stadium, mudah lagi sepatutnya management untuk perbaiki apa yang patut dengan team kita ni. Kita buat bahagian kita, lagi ada hak nak maki sebenarnya kalau diorang gagal dengan bahagian diorang.
Untuk yang dah tak nak datang tu, aku hormati keputusan korang. Dan sebenarnya kalau boikot ramai-ramai ni, lagi memudahkan aku nak keluar masuk stadium, lepas tu duduk dekat port biasa aku yang dah kena conquer dengan orang yang masuk pukul 6.30 tu. Tapi, yang ni, aku sorang je yang untung. Nismilan tak untung langsung. Jadi aku rela bersesak ni supaya kalau aku ada anak nanti, Nismilan boleh jadi kitorang punya kebanggaan. Tak nak datang, takpe, tapi jangan menghasut yang lain.
Jom penuhkan stadium sampai habis season. Sorak atau maki, maki atau sorak, kita buat dekat STAR of Paroi. Tuntut kemenangan setiap game, dan kita bantu team jadikan Paroi ni kubu kebal kita sekali lagi.