Wednesday, October 13, 2010

Exam Blog

setiap hari aku akan mengupdate blog ni pasal exam, pendapat aku pasal paper pagi tersebut

let's roll...
Rabu, 13/10
BM - boleh la, x senang sangat, x susah sangat. paling leceh time jawab bahagian prosa tradisional. soalan : 'Jika anda Indera Nata, apakah yang akan anda lakukan terhadap 7 orang puteri dan bonda yang menangis hingga ke tengah malam?'. nak je aku letak 'Saya akan tengok je, gelak, amik gambar, masuk Facebook'. bangang tul soalan...

Khamis, 14/10
SJ - pergh, boleh tahan la gak kertas dia. bahagian subjektif tu ok, dapat jawab la gak (mana yang x dapat tu ditibai dengan jawapan yang logik). sampai objektif...hmm...cam nak pengsan. x sure ni betul ke x

BI (Paper 1) - my favourite...hehe. walaupun x berapa reti buat format surat x rasmi, tapi ayat-ayat yang aku guna memang mantop, dapat la cover gak yang tu. ada subliminal message pasal NS agaknya cikgu hapsah perasan x...yang continuous writing tu memang gempak la aku buat. jawab soalan nombor 2 tu, 15 perenggan aku buat, kul 2.25 kot siap. kalau x dapat A+ gak x tau la...

Jumaat, 15/10
BI (Paper 2) - agak menyusahkan sikit di sini, bahagian awal-awal tu senang, sampai literature je...adesss...x tau apa nak tulis. kebanyakan jawapan ditulis mengikut akal logik berdasarkan poem atau short story tersebut. yang ni pun ada gak soalan bangang. "If you were in Lucy's shoes, what would you say to Miss Broome?" aku nak je jawab "F**k off you b***h. This is my f***ing job, and I want you to f***ing go to hell. Rot in hell, devil b***h!" (di-censor untuk menjaga ke-PG13-an blog ni)

Sabtu, 16/10
recharging my batteries, get set for monday

Ahad, 17/10
study + relax + bola, penting untuk prepare-kan diri untuk exam esok


Isnin, 18/10
Math (overall) - aku rasa yang 50-50. ada yang susah sampai pecah kepala nak fikir, ada yang tengok je dah tau apa jawapan dia. tapi kenapa la nak masuk circles dengan volume of solids? dah setahun x belajar, tetiba masuk balik. nasib baik dapat kertas formula tu...


Agama (Kertas 2) - yang ni aku undecided sikit, sebab banyak guna kbkk nak jawab. aku dah la x ingat hadis yang soalan 1b tu. nasib baik aku ter-flash back bahagian perpaduan tu (betul kan hadis tu?), at least xde la kosong je jawapan tu. jawi pun agak 50-50 sebab dah lama x tulis jawi

Selasa, 19/10
Bio (P1 & P2) - agak memeningkan gak kertas ni tadi, akpa yang aku baca x semua masuk. nasib baik aku dapat ingat bahagian osmosis dengan yang phospholipid bilayer sikit. yang lain? taram bin tembak je gamak eh...

Sivik - no komen. mengacau momentum menjawab bio je, timing x betul kertas ni

Rabu, 20/10
Add Math (overall) - need. suicide. pill. now

update : gila x best rabu ni. add math + ns kalah = @#$#@@$!!!!!!

Khamis, 21/10
Chemistry (Paper 3) - a.k.a 'chemist jer', bak kata kawan aku ni. experiment ni memang susah nak jawab, especially bila dah lama x buat lab report. bahagian calculate mole of ion tu bukannya sentuh pun...

Jumaat, 22/10
Agama (Kertas 1) - 50-50. ada yang senag, ada yang susah. ada yang aku x jawab pun. preparation time study memang out la, ustazah suruh kitorang 'baca semua'. maut la camtu, last minit baru dapat hint mana yang keluar. tapi x sempat la nak baca yang keluar tu...

Isnin, 25/10
Physics - Paper by paper breakdown


Paper 1 - gila susah! banyak nak kena kira mengira lak, boleh mati camni. dah la soalan berbelit-belit, terus x tau mana formula nak kena guna


Paper 2 - love it. paling bersemangat buat paper ni sebab soalan dia cam senang je. tapi ingat, 'cam senang'. maybe tetiba nanti jawapan yang dia nak lain pulak, parah aku


Paper 3 - eksperimen-vaganza. ni yang aku fikir 50-50. bahagian buat eksperimen sendiri tu aku agak je ikut logik. bak kata cikgu aku, "just use 'agakan method'"


Selasa, 26/10
Chemistry (Paper 1 & 2) - gila la. boleh tahan gak susah dia. dah la dia punya benda semua lebih kurang sama je. calculations? aku buat satu je, lain semua biar kosong/agak-agak je. memang mantop la markah chemistry aku camni


PJK - waste of time. aku terfikir camner cikgu kucai nak tanda sebab kitorang x guna kertas OMR nak jawab. memang poor planning la on our part. nak mintak duit ekstra beli kertas? sori la, jangan harap. ramai bebudak kelas aku ni, McDonald's, KFC, wayang, Nike, Adidas mahal-mahal semua tu boleh bayar terus. ni mintak benda yang kurang dari RM5 pun liat. cikgu mintak pun x semua bayar on the spot


Rabu, 27/10
Biology (Paper 3) - pasal eksperimen je, tapi aku x berapa prepare sangat. aku dah kena misinformation. kawan aku cakap yeast dengan vitamin c keluar, last-last aerobic respiration dengan food energy lak keluar. nasib baik chapter betul, dapat la gak jawab




IT'S

FREAKIN

OVER!!!



No comments:

Post a Comment

post your comments here