Wednesday, January 18, 2012

So9 Exclusive : Mesyuarat Vetting Committee FAM

pictured above : the actual meeting

Dikhabarkan bahawa syarat pengambilan pemain import telah diubah selepas tarikh pendaftaran pemain Liga-M telah tamat. Syarat yang mengatakan bahawa hanya pemain dari negara yang mempunyai ranking lebih tinggi dari Malaysia pada 24 Ogos 2011 telah diubah kepada 24 November 2011 tanpa pengetahuan orang ramai dan ahli gabungan FAM. Kami di State of Nine membayangkan inilah yang berlaku pada mesyuarat yang mengubah syarat itu

Hamidin : Baik, mesyuarat mula bersidang sekarang. Semua tahu kan kenapa kita ada di sini?

Vetting Committee : ...

Hamidin : Baguslah kalau semua dah tahu. Kita kena ubah syarat yang berkaitan ranking negara pemain import tu, sebab aku baru perasan Lebanon ranking dia bawah Malaysia masa 24 Ogos tu

Vetting Committee : ...

Hamidin : Bukannya apa, kalau guna ranking 24 Ogos tu nanti pemain import Selangor tu tak boleh main dalam Liga-M nenti sebab tak layak. Tu sebab selama ni aku guna alasan 'klausa 19 & 20' tu. Kita ubah syarat, guna ranking terkini sebab Lebanon dah ada atas Malaysia. Adil kan untuk Selangor begini?

Vetting Committee : ...

Hamidin : Cantik la kalau semua dah setuju. Oh ya, jangan beritahu persatuan-persatuan lain yang pemain import diorang tak layak sampai tarikh tutup dah berlalu, faham? Biar Selangor je dapat  pemain yang terbaik. Pasukan lain tu semua tak penting untuk Liga-M. Tahun ni juga aku nak pastikan 'Misi 33' kami berjaya. Siapa yang halang akan kena hantar bekerja kat lombong arang batu kat Korea Utara

Vetting Committee : ...

Hamidin : Excellent. Dah, mari kita semua makan mi goreng dengan karipap, minum teh tarik. Ni semua aku guna duit tiket final Piala Malaysia hari tu. Jangan membazir tau. Susah nak perah duit banyak-banyak dari penyokong ni

Xavi : Cesc is suffering! *baling kerusi kat Hamidin   

No comments:

Post a Comment

post your comments here