Friday, February 18, 2011

Mari Kita Komen

ps : ini adalah parody semata-mata. komen yang digunakan mungkin digunakan atau tidak oleh individu-individu tersebut dalam kehidupan seharian. hanya untuk mereka yang ada 'sense of humour'. tidak sesuai bagi mereka yang berumur 3 tahun ke bawah atau yang terlalu serius. tiada haiwan telah dicederakan dalam segmen ini. sila jangan ambil hati

betul la statistik Amirul Azim, dalam setiap minggu mesti ada satu hari yang Nur Amalina tak datang. kami di blog ini telah bertanya kepada orang ramai untuk memberi pendapat mereka tentang hal ini

"ini adalah PENGHINAAN terhadap rakan-rakan kamu di sekolah ini. apakah anda tidak bersyukur sehingga menggunakan nama mereka dalam statistik ini?"
-ex-Georgian 2010-

um...ok, tapi kenapa ini penghinaan lak?

"go to hell"
-current Georgian-

kenapa lak?
"terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk mengulas tentang statistik ini. seperti yang kita tahu, statistik adalah penanda aras utama dalam menentukan disiplin seorang pelajar. ini serius, bukan perkara main-main. kita sekarang berada di sekolah kluster kecemerlangan. tiada guna kita menjadi sekolah kluster kalau kita tidak berdisiplin. masa zaman saya dulu...

(20 minit kemudian)

...dan untuk meningkatkan lagi disiplin, saya telah mengadakan kawad bersepadu sekali sebulan. itu yang pertama. yang kedua, (pada peringkat ini wartawan kami sudah tertidur kerana keletihan mencatat isi pandangan)"
-man on the street-

panjangnya bro, nak masuk dalam ni pun susah
"saya rasa lebih elok kita fokus terhadap Chelsea dan K-Pop"
-N.z. Ieq Bal-
kenapa lak? N9 ada, Bunkface ada...kat Malaysia macam-macam ada

"saya tak setuju dengan pandangan encik Ieq Bal, kita hanya perlu fokus kepada K-Pop sahaja. asyik bola je"
-AF-

ada influenza Korea ke kat Malaysia ni?
"saya harap statistik ini tidak diganggu 'pengacau statistik'. kita tak perlu mereka ini untuk membakar mercun atau 'flare' ketika membaca statistik. mereka harus duduk diam-diam, makan kuaci dan tertib ketika membaca statistik"
-Menteri Buih-
memang sah kau ni berbuih...next!

"ini adalah konspirasi kerajaan untuk mengaitkan saya dengan perkara yang saya tidak lakukan. sudahlah dulu mereka humban saya ke penjara, sekarang mereka nak kaitkan saya dengan statistik pula? kamu ni mesti dalang kerajaan, kan?"
-Datuk Seri-

maaf, DS, tapi kami ni blog NGO, takde kena mengena dengan kerajaan atau pembangkang yang hidup atau yang mati

"i have an awesome gif, dude. yeah man"
-AZ-
okay...it is awesome

"(meniup wisel)"

wartawan r87 : "why?"

"(bagi kad merah)"
-Ben Williams-

tanya 'why' pun kena kad merah gak?

itulah dia pandangan orang ramai atas statistik tersebut. sehingga kita bertemu lagi dalam segmen "Mari Kita Komen"

2 comments:

  1. love this post Mari Kita Komen!
    random dan cool
    buat bnyak lagi post2 sebegini

    ReplyDelete
  2. hehe, tenkiu
    nanti kalau ada inspirasi lagi aku buat

    ReplyDelete

post your comments here