Thursday, June 16, 2011

Daudsu™


KOTA BHARU, 15 Jun - Kumpulan penyokong Kelantan FA secara rasminya telah menghakciptakan nama Daudsu Jamaluddin, sekaligus menghalang mana-mana pihak untuk menggunakan namanya. Pihak ramai terpaksa menggunakan 'Daudsu™' dalam apa-apa penerbitan.

Jelas mereka, langkah ini adalah penting untuk mempelihara martabat nama wira mereka.

"Meskipun dia telah menjaringkan gol sendiri Sabtu lalu, namun kami masih menganggapnya sebagai wira kami. Kalau bukan kami yang sokong, siapa lagi?" kata wakil kelab tersebut, Abdul Rahman Musa.

Kelab itu juga telah menyaman beberapa pihak lain, termasuk kelab penyokong pasukan negeri lain, atas penggunaan nama Daudsu.

"Saya sebenarnya tidak tahu namanya sudah menjadi hak cipta. Jadi terpaksalah kami menggunankan D***s* sahaja di Facebook kami, serta menggunakan bahasa yang baku dan gramatis. Mereka juga tidak puas hati atas gurauan kami terhadap pasukan mereka dan juga D***s*, sehingga mencipta page yang, walaupun pada dasarnya mengutuk admin kami, tetapi sebenarnya mengutuk seluruh negeri kami," kata salah seorang AJK kelab penyokong pasukan bola sepak untuk sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Apabila ditanya, Daudsu sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini, sebaliknya hanya meminta kami untuk memberikannya segelas Milo ais yang telah dipesannya sejam sebelum itu.

Dalam perkembangan lain, blog ini telah menerima sepucuk surat saman daripada kelab penyokong Kelantan FA berhubung dengan penggunaan nama Daudsu di blog ini.

No comments:

Post a Comment

post your comments here