Friday, July 29, 2011

Amukan Pengawas di Sekolah

SEREMBAN, 15 Julai - Gara-gara tidak puas hati kerana tidak menjadi pengawas lagi, beberapa orang pengawas di sekolah terkenal di bandar ini telah membakar beberapa bahagian sekolah tersebut.


Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 10.30 malam, tatkala pak guard sedang nyeyak tidur di pos kawalannya. Dipercayai bahawa beberapa orang bekas pengawas ini menyalakan api yang besar ketika kem pemimpin pelajar sekolah ini sedang berlangsung untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka apabila terpaksa meletakkan jawatan pada minggu hadapan.


Salah seorang daripada mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, berkata "Sebelum ini adalah menjadi cita-cita saya untuk menjadi ketua pemimpin pelajar, dan alhamdulillah saya diberikan amanah tersebut pada tahun lalu. Namun belum genap setahun pun, saya dipaksa meletakkan jawatan saya. Mana adil!", sebelum menyatakan sesuatu mengenai polisi perpindahan pemain Arsene Wenger.


Beberapa orang bekas pengawas kemudiannya melakukan rusuhan di kolam renang. Mereka kemudiannya mengisi kolam itu dengan air, atas alasan untuk menyukarkan mereka yang tidak pandai berenang sekembalinya mereka ke sekolah.


Satu blok sekolah tersebut telah hangus dijilat api sehingga terpaksa dicat semula. Salah seorang guru berkata "Kami terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengecat semula blok ini. Salah kami juga kerana kami tidak sedar tempoh mereka menjadi pengawas ialah selama 363 hari sahaja. Namun, mengapakah mereka harus menjadikan rumput di hadapan kiosk itu sebagai mangsa juga? Dahulu di situ penuh rumput, sekarang tinggal batu kerikil sahaja", sebelum diberitahu bahawa rumput itu sebenarnya telah dimakan seekor lembu yang memakai cermin mata dan menggelarkan dirinya sebagai 'Legend F5'.


gambar kredit kepada Nur Amalina, diambil tanpa kebenaran. get well soon!

No comments:

Post a Comment

post your comments here