bungkus je la jersi dengan misi ni, tak ke mana pun. koba je lebih 'Misi 33', siap ada jersey launch lagi, tapi kalah gak
Saturday, October 29, 2011
So9 Exclusive : Api Kemarahan Tok Mat
Harga tiket final Piala Malaysia 2011 telah ditetapkan pada RM50, dan keputusan ini telah menimbulkan kemarahan para peminat Negeri Sembilan dan Terengganu. Presiden PBNS/MB Negeri Sembilan, DSU Mohamad Hassan juga marah terhadap tindakan tersebut. Kami di ‘State of Nine’ membayangkan lawatan Tok Mat ke Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berjalan seperti ini...
Mohamad : Oi Midin! Meh sini jap!
Hamidin : Apa hal lak ni...Azudin, tolong tengok siapa tu
Azudin : Alamak, tu Mohamad Hassan la!
Hamidin : Siapa?
Azudin : Presiden PBNS la bro
Hamidin : PB...NS? Apa tu?
Azudin : Kau ingat Liga Malaysia ni ada Selangor je ke? Aku pun hardcore gak tapi takde la sampai tak tahu team lain
Hamidin : Diam la kau. Suruh dia masuk
Mohamad : Midin! Aku nak tahu satu ni je. Kenapa bila kau naikkan harga tiket, kau libatkan PBNS dengan PBSNT? Kitorang takde kena-mengena pun pasal naik harga tiket tu
Hamidin : Apa lak takde kena-mengena? Korang dah ada hantar wakil hari tu kan?
Mohamad : Siapa lak nama diorang tu?
Hamidin : Err...Hazudin dengan Amidin. Takde pertalian darah antara kitorang
Mohamad : Mengarut benar la. Aku dah kira-kira, PBNS rugi sebab nak tanggung kos RM20 untuk setiap tiket. Ingat kitorang semua bodoh ke apa? Kitorang tahu la yang naik RM50 tu sebab nak tanggung pembiayaan 'Misi 33' korang tu untuk tahun depan
Hamidin : Kau jangan nak tuduh bukan-bukan. Kalau tak puas hati sangat, boikot je la final tu nanti. Ni kan negara demokrasi, korang buat je la apa yang korang nak
Mohamad : Camtu lak...ok, kau yang paksa aku ni. Mario!
Hamidin : Mario mana lak ni?
Mohamad : Balotelli. Aku nak dia ajar korang cukup-cukup!
Hamidin : Apa? Balotelli? Tolong jangan! Ok, ok, aku tak libatkan persatuan korang berdua lagi. Tapi jangan panggil dia tu!
Balotelli : Too late. I've already parked my Maserati in your bedroom. And your kitchen is on fire too, thanks to those fireworks I set off. The fire may spread to your secret money room as well
Hamidin : (menangis)
Mohamad : That's enough Mario, I think he's learnt his lesson. Now stop torturing him
Balotelli : Then you might not wanna hear the part where I drove his cars into female prisons in Italy
Wednesday, October 26, 2011
So9 Exclusive : Komplot Menaikkan Harga Tiket
Harga tiket final Piala Malaysia 2011 telah ditetapkan pada RM50, dan keputusan ini telah menimbulkan kemarahan para peminat Negeri Sembilan dan Terengganu. Kami di ‘State of Nine’ membayangkan mesyuarat Jawatankuasa FAM berjalan seperti ini...
Hamidin : Nampaknya ‘Misi 33’ Selangor dah gagal
Azudin : Teruk betul la. Kita dah ubah venue final dari Bukit Jalil ke Shah Alam pun boleh kalah lagi ke?
Hamidin : Ini tak boleh jadi. Macam mana kita nak balas dendam?
Azudin : Kita gantung Negeri Sembilan dengan Terengganu selama 6 bulan nak?
Hamidin : Tak boleh, obvious sangat tu. Aha! Apa kata kita naikkan harga tiket jadi RM50?
Azudin : Tak ke fans marah nanti?
Hamidin : Biarlah diorang marah. FAM is Selangor and Selangor is FAM
Azudin : Betul tu. Tapi apa kita nak bagitau media nanti?
Hamidin : Cakap je la untuk baiki stadium, jaga keselamatan peminat dan nak elakkan penjualan tiket haram. Media ni senang je nak kena pancing. Lagipun media nanti akan pengaruh peminat semua
Azudin : Tapi bukan ke nanti peminat komplot kat internet?
Hamidin : Kau ingat aku bodoh ke? Internet tu kan mitos je
Azudin : ...
Hamidin : Dah, sudah, sudah! Tiket final RM50. Harga sebenar RM20 je, yang lagi RM30 tu masuk kantung FAS untuk jayakan ‘Misi 33’ musim depan. Jangan bagi Annuar tahu sudah. Dia marah nanti kita jugak susah. Dah la gaji si Kezman ni mahal gila
Azudin : Kalau takde siapa beli tiket?
Hamidin : Gantung je la FA dua-dua negeri selama 5 tahun. Macam tak biasa buat je
Azudin : Wokey bos! Majulah Selangor untuk negara!
Sunday, September 18, 2011
Keterbukaan Rumah
white chocolate milkshake
bila raya ni, memang bahagian yang aku paling suka bila kawan-kawan datang rumah/gi rumah kawan. jadi cara paling senang aku nak dapatkan maximum attendance ialah buat rumah terbuka
bila buat rumah terbuka ni senang sikit nak prepare, takde la diorang datang mengejut. bayangkan kalau aku tengah tidur, rumah bersepah, jap lagi ada orang call, kata "5 minit lagi kitorang sampai rumah kau". memang tak sempat la nak sediakan apa-apa
anyway, ni dia gambar-gambar yang diambil masa rumah terbuka aku Jumaat lepas
tak habis-habis nak photobomb
2? apakah itu skor yang memihak kepada Man United malam ni?
Farid bajet hensem, Syafiq lak control macho
masing-masing dengan perangai pelik diorang
ARRRGHHHHH!!! hantu mana lak kat kanan gambar tu?
kenapa lak la gambar ni blur
hidup All-Blacks!!! oh, and my best friends
kepada yang tak dapat datang, takpe la sebab korang ada benda yang tak dapat dielakkan. rilek la, bukannya aku nak rembat korang pun *sharpening Altair's sword*
Saturday, September 17, 2011
Merdekaraya 2011 (sponsored by Felipe Massa)
siapa bilang warga Georgians tak patriotik, takde semangat kemerdekaan, tiada jiwa Malaysia? (sori Jamal :p)
inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang...
semangat kami takkan tergugat
long-range snap...ingat aku tak nampak korang ke? :p
takyah cover la zim, ingat aku tak tau ke kau sorang dah balun kek secret recipe tu?
this was truly an honour. terima kasih cikgu!
kuih raya yang paling amat tersusah sekali nak dibukak
serbu jangan tak serbu!
1Malaysia in action. we've always been
gaduh-gaduh dalam kelas tapi kawan-kawan gak
Amalina, kamera sini la...
Selamat Merdekaraya dari kelas 5 Muzaffar (gambar Aezack)
sejujurnya, aku akan rindu suasana ni semua. dapat celebrate Merdeka + raya dengan kawan-kawan, makan-makan semua, memang tak boleh nak diciplak kat mana-mana tempat. I had fun, my friends had fun, the teachers had fun, everyone had fun. bila lagi nak tengok budak-budak semua berwarna-warni kat sekolah?
dan ya, aku memang seronok dapat pakai baju Melayu kat sekolah. aku suka tengok diorang semua pakai baju Melayu diorang. aku seronok tengok satu sekolah pakai pakaian tradisional. and we have lives. good ones, in fact. so eat your words, Matthew
Sunday, September 11, 2011
9/11 - My Take
for some reason, after reading 'Days of Future Past', I can't help but link it with 9/11
'Days of Future Past' is a storyline in 'The Uncanny X-Men' back in the 80s. in this storyline, mutants became hated by Americans after The Brotherhood of Evil Mutants killed Senator Kelly. mutants were shunned, rounded up and virtually wiped out in the storyline. the Sentinels (mutant-terminating robots) wiped out the mutants, and even superheroes like Spider-Man, Iron Man and the Fantastic Four
now compare this to 9/11. terrorists attack America. these terrorists happen to be Muslims. Americans hate Muslims now (well, most of them). Muslims are now being prejudiced against because of the actions of radical idiots who don't represent true Islam. Muslims are being discriminated in America, just like the mutants in 'Days of Future Past'
the actions of al-Qaeda are unfair since they do not portray what Islam really is all about : peace and tolerance. they are unfair to humanity who crave for peace and harmony. they are unfair to Muslims who practice the real teachings of Muhammad and the Quran, which are peaceful and non-violent
I also believe it's time Americans open their eyes and see what Islam is really about, not just the media-distorted views. they only stick to the belief that Muslims = terrorists. but do they do any research? do they look deep into it? do they look at other Muslim countries that were not involved in the attacks? of course not. patriotism is one thing, but to be blinded by it is pure stupidity. and they wonder why people hate them
Marvel have predicted these events way back in the 80s. the people may be different but the end result is the same : discrimination and prejudice
Sunday, August 28, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)