Friday, January 7, 2011

kenapa kemenangan Malaysia dalam Piala AFF boleh membantu kebangkitan bola sepak negara


1. menunjukkan kita ada 'strength in depth' untuk menangani krisis kecederaan. sebelum ni mesti ramai yang tak pernah dengar nama Fadhli Shas, Muslim Ahmad dengan Khairul Fahmi. jadi sekarang national pool bagi skuad Harimau Malaya sekarang makin besar

2. pemain-pemain akan makin kompetitif. sekarang ni pemain-pemain cam Aidil Zafuan, Baddrol Bakhtiar dengan Zaquan Adha bukan automatic choices lagi dah. diorang kena bersaing dengan pemain-pemain muda yang menang Piala AFF ni

3. bila dah bersaing, mesti kualiti permainan diorang akan menaik. bila yang seniors ni dapat masuk balik team Malaysia, yang kena drop tu mesti nak rampas balik tempat diorang. jadi diorang pun akan improve permainan diorang. secara tak langsung liga kita nanti jadi makin kompetitif dan menarik

4. liga bila dah menarik, nanti mesti banyak syarikat nak sponsor. orang masuk, duit pun masuk gak

5. untuk pemain yang tak terpilih, bila dah tengok mereka yang dipilih menang Piala AFF ni, mesti diorang pun bersemangat nak naikkan game diorang

6. bila pemain semua dah naikkan skil diorang, national pool kita akan makin besar. ni la selection headache yang Rajagobal perlukan

No comments:

Post a Comment

post your comments here